Followers

Thursday, May 26, 2011

(10) hormatilah ulama, orang yang menasihati ke arah kebaikan

Asalamualaikum w.b.t

dah lama rasanya tak menulis. agak sibuk dengan keje.
laptop pulak tiada disisi.susah la jugak nak online.
apatah lagi nak menulis.

dah lama rasanya nak menulis artikel ni.
akhirnya, dengan peluang yang ada, maka artikel ni pun ditulis akhirnya.
oh.mungkin artikel ini agak serius.sebab hal ini memang dianggap serius.
dan tak boleh di S.I.M.P.L.E kan. 

Ulama..
Ustaz dan Ustazah..
siapakah mereka ini?
semasa kecik-kecik, kita diajar di sekolah agama.
untuk menghormati ustaz dan ustazah.
tak lupa juga para guru. (selamat hari guru...mungkin agak lambat untuk buat artikel khas untuk guruku sekalian.ada rezeki pasti artikel tu akan ditulis..;) cuma mungkin bukan dalam masa terdekat. )

okay.okay..berbalik pada cerita asal.
ulama merupakan pewaris nabi.bukan nabi ya semua. tapi, pewaris yang meneruskan perjuangan Nabi Muhammad S.A.W. untuk mengajak manusia ke arah kebenaran dan bersaksi bahawa Allah ialah tuhan yang satu dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. dan tiada lagi nabi sesudah Nabi Muhammad S.A.W. 

Selepas kewafatan Nabi, siapa agaknya ya yang akan meneruskan menyebarkan syiar Islam jika bukan para ulama? Para ulama sendiri diberi pengiktirafan oleh Nabi. Ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad S.A.W

الْعُلُمَاءُ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ
Ulama adalah pewaris para nabi.” (HR At-Tirmidzi dari Abu Ad-Darda radhiallahu ‘anhu)

Betapa tingginya pengiktirafan yang diberi oleh nabi. Tapi, persoalan yang ingin ditimbulkan disini ialah sejauh mana generasi kita hari ini menghormati para ulama dan mereka yang menasihati ke arah kebaikan?
bukanlah artikel ini ditulis untuk menghina sesetengah pihak tapi diri ini terkilan.sangat terkilan bila melihat ada sesetengah pihak yang merendah-rendahkan para ulama dan mereka yang saling nasihat-menasihati ke arah kebaikan.




Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam mengisyaratkan hal ini dalam sabdanya yang diriwayatkan Abdullah bin ‘Amr ibnul ‘Ash, katanya: Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
إِنَّ اللهَ لاَ يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعاً يَنْتَزِعُهُ مِنَ الْعِباَدِ، وَلَكِنْ بِقَبْضِ الْعُلَماَءِ. حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عاَلِماً اتَّخَذَ النَّاسُ رُؤُوْساً جُهَّالاً فَسُأِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا
Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan mencabutnya dari hamba-hamba. Akan tetapi Dia mencabutnya dengan diwafatkannya para ulama sehingga jika Allah tidak menyisakan seorang alim pun, maka orang-orang mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh. Kemudian mereka ditanya, mereka pun berfatwa tanpa dasar ilmu. Mereka sesat dan menyesatkan.” (HR. Al-Bukhari no. 100 dan Muslim no. 2673)
Ibnu Rajab Al-Hambali rahimahullah mengatakan: Asy-Sya’bi berkata: “Tidak akan terjadi hari kiamat sampai ilmu menjadi satu bentuk kejahilan dan kejahilan itu merupakan suatu ilmu. Ini semua termasuk dari terbaliknya gambaran kebenaran (kenyataan) di akhir zaman dan terbaliknya semua urusan.”
Di dalam Shahih Al-Hakim diriwayatkan dari Abdullah bin ‘Amr secara marfu’ (riwayatnya sampai kepada Rasulullah): “Sesungguhnya termasuk tanda-tanda datangnya hari kiamat adalah direndahkannya para ulama dan diangkatnya orang jahat.” (Jami’ul Ulum wal Hikam, hal. 60)
Sejujurnya, aku melihat.dan pasti kalian juga melihat.tapi, adakah sekadar melihat? aku membaca kisah para ulama terdahulu yang di seksa, dipenjara, dihina. Hanya kerana cuba mempertahankan yang hak dan mecegah kebatilan. Itu semua berlaku pada satu ketika dahulu, pada zaman kegemilangan Islam. Zaman dimana sistem kekhalifahan masih berdiri megah di muka bumi Allah ini. dan ia masih lagi berlaku sekarang, di zaman kita kehilangan seorang khalifah yang tugasnya melindungi umat islam di seluruh dunia dan memegang panji-panji islam dan seterusnya mengajak umat manusia menyembah Allah yang satu iaitu agama Islam. 

Apa lagi yang ada untuk kita, jika pengaruh ulama di dalam masyarakat sendiri direndah-rendahkan, Jika kita menyelusuri sejarah, ulama di lemahkan sendiri oleh mereka yang kononnya berjuang untuk agama dan akhirnya khalifah Islam  Uthmaniyah yang terakhir dihalau dari istananya sendiri oleh orang yang dulunya menyatakan perjuangan mereka kearah islam. tapi, mengubah sistem yang ada atas dasar sekularisme dan kononya sistem khalifah tidak lagi relevan serta berlaku penyalahgunaan kuasa oleh seorang khalifah.Masya-Allah. Kita hanya mampu membaca fakta yang ada dan meratapi apa yang generasi terdahulu lakukan.
 Bersediakah kita untuk berubah dan mengubah sejarah duka ini? 

maaf.tapi, aku sangat benci dengan orang yang memperkecilkan ulama, ustaz, dan orang-orang yang menyeru ke arah kebaikan.seseungguhnya, "amal makruh, nahi mungkar" harus diamalkan dalam kehidupan seharian kita. mungkin, orang yang menasihati kita ke arah kebaikan itu kurang baik dari segi akhlak atau dipandang tak layak untuk memberi nasihat. Tapi, ingatlah setiap umat islam itu bersaudara dan tugas saudara adalah menasihati saudara seagamanya jika dia melihat saudaranya melakukan perkara yang salah. Terima dengan hati yang terbuka dan bukan memperli, mengherdik orang itu. Mungkin dia menasihati dengan cara yang agak keras dan kita kena ingat setiap orang itu berbeza dan ada juga orang yang cara penerimaannya berbeza.itu kita semua sedar dan sepatutnya kita sedari. 
 Prinsip aku; sekali tak mengapa, dua kali peluang masih terbuka, tiga kali peluang sudah diberi. empat kali dan seterusnya hanya ketegasan dalam mempertahankan mereka yang akan aku lakukan. maap, ini prinsip hidup aku. kita hidup hanya sekali didunia. kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan akhirat yang kita tujui. dalam menuju kearah itu, utamakanlah yang utama, akhirat itu yang lebih utama. Moga kita terus nasihat-menasihati ke arah kebaikan dan terus memperbaiki diri untuk menjadi seorang muslim yang lebih baik.
"jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam, dan esok lebih baik dari hari ini."

Nota Baca: jangan jadikan kepentingan diri, politik untuk meninggalkan agama dalam kehidupan. Untuk apa yang kita ada di dunia jika di kemudian hari harta, pangkat, cinta (ek?), dan apa saja dunia tidak akan kita bawa ke liang lahad bersama. renungkan ^_^
Nota Fikir: tengah memikirkan untuk menulis beberapa artikel wajib untuk tarikh tertentu. senang sikit nak jadikan rujukan. 
Nota Kesimpulan: Simplekan kehidupan, jangan simplekan pemikiran ;)



No comments: