Followers

Thursday, May 5, 2011

Pilihan Raya Kampus USM - Dewan Perundingan Pelajar (Parlimen Mahasiswa)

Artikel ini ditulis pada 21/2/2011. Asal artikel ini dari blog lama aku
blog tu masih ada cuma ditutup sebab peribadi
lagipun blog tu cam tak menarik je walaupun ada beberapa follower tegar. ;)
so, bacalah apa yang aku fikirkan masa 21/1/2011....

..................................................................................................

nak cite skit pasal pilihan raya kampus kat USM
biasa la kan.
pilihan raya dah nak dekat.
makin terasa la bahang kehangatan
perang ARTIKEL di Facebook
ekeke..
aduh..tetiba terasa malas sikit nak update
pulaaaakkk....
ok.ok...aku akan cuba sebaik mungkin untuk update
dengan bersungguh-sungguh.
zzzzZZZ...

Pilihan raya kampus yang lepas penuh dengan kontroversi.
masa aku 1st year pun lebih kurang je.
cuma, masa aku 1st year.
takde la KEGANASAN melanda.
just masa aku 2nd year.
ada la sikit-sikit KEGANASAN melanda.
Ikut hati mati.
Ikut badan binasa..(betul tak?)

Pada pengamatan aku, politik di USM
Tak terlalu radikal macam kat IPTA-IPTA yang lain.
dan aku sangat gembira 
dengan perkembangan
Aspirasi dan Pro-Mahasiswa
di USM...
 :: ASPIRASI USM ::

:: PRO-MAHASISWA USM ::

Bagi aku sebagai seorang pelajar yang berminat mengikuti perkembangan politik
tak kira di dalam atau di luar kampus.
Aspirasi dan Pro-Mahasiswa USM secara jelas telah menjalankan tugas masing-masing
 dengan SANGAT BAIK!
 Yang paling penting, lepas PRK yang lepas.
Hubungan antara kedua-dua pihak semakin baik.
itu lebih baik kan?

Selepas PRK yang lepas.
ada la beberapa isu yang berbangkit
contohnya bantahan keputusan PRK 
Bantahan sebab tak puas hati dengan pengiraan undi kira biasa la dalam mana-mana PR. Calon yang kalah biasanya akan membuat bantahan jika dorang yakin keputusan PR tidak seperti yang diharapkan.

ok.tak maw ulas tentang itu. Cuma, aku berharap sangat yang hubungan baik di antara Aspirasi dan Pro-M akan terus berkekalan.
itu yang buat aku suka politik kat USM ni.
Politik bagi aku bukan untuk menambah masalah, musuh
tapi, dari politik kita dapat menyelesaikan banyak masalah.
right?


Baru beberapa hari ni, muncul la beberapa kumpulan di Facebook yang memperjuangkan 
apa yang dorang nak perjuangkan (pe aku cakap ni...? ok.fine)

Campus Rights USM dan Aura Kita USM

ok...secara mudah
dua-dua page ini merperjuangkan STUDENT POWER.
 :: Campus Right USM ::

 :: Aura Kita USM ::

menarik..tertarik...
kalau kita tanya mahasiswa-mahasiswi sekalipun.
Dorang akan cakap benda yang sama.
Mahasiswa perlu diberikan lebih kebebasan, hak bersuara.
Kuasa membuat keputusan, lebih banyak ruang untuk menentukan hala tuju negara.
Cuma, aku ragu-ragu dengan matlamat dorang yang sebenar.
niat baik
tapi, adakah ada udang di sebalik mee gorang subaidah?
sapa yang tahu...


Akhir sekali.
nak cerita sikit pasal Dewan Perundingan Pelajar (Parlimen Mahasiswa) USM
untuk pertama kalinya di Malaysia
satu sidang perlimen (ekeke..) telah berlangsung di kampus induk USM
dan mencatat sejarah sebagai IPT pertama yang ada parlimen pelajar di Malaysia.
 Sangat gembira sebabb terpilih menjadi salah seorang Pemerhati 
untuk sidang DPP yang pertama.
ada 20 usul yang dikemukan...

SENARAI USUL YANG DIBENTANG DAN DIBAHASKAN PADA 23 OKTOBER 2010
  1. Program Universiti Terlalu Mendesak Badan Pelajar Mencari Penglibatan Ahli/Penghuni. - Induk - MPD - IKMAR.
  2. Penguatkuasaan Pemakaian Lanyard Semasa Memasuki Perpustakaan. - Kej - Sekretariat Semarak Bahasa.
  3. Kekurangan Bas Untuk Kegunaan HEP/Persatuan Sahaja Di Kampus Kejuruteraan - Kej - Gabungan Persatuan Kepimpinan.
  4. Perbelanjaan Dan Belanjawan Kewangan Semua Jabatan USM Harus Diumumkan. - Induk - Khaw Seng Hean.
  5. Wang Simpanan Universiti Dikhabarkan Tiada Tetapi Pembaziran Tetap Ada. *PINDA - Kesihatan
  6. Permohonan Perkhidmatan Internet Berjalur Lebar Tinggi "New Open Acess Network". - Kej - MPP - Abul
  7. Kemudahan Prasarana Di Desasiswa Tidak Memuaskan. - Kesihatan
  8. Persatuan Seni Mempertahankan Diri Tidak Dijadikan Sebagai Ko-Kurikulum. - Kesihatan
  9. Pertandingan Yang Dianjurkan Oleh Kampus Induk Tidak Efisien. *PINDA - Kesihatan.
  10. Kemudahan Sukan Yang Tidak Memuaskan. - Kesihatan.
  11. Pilihanraya Kampus Perlu Berasaskan Parti Atau Berplatform. - Induk - Integriti.
  12. Menuntut Kerajaan Negeri Pulau Pinang Membanteras Isu Merempat Dalam Kalangan Rakyat. - Induk - Integriti.
  13. Mendesak Parlimen Negara Malaysia Menggubal Satu Rang Undang-Undang Berkenaan Masalah 'Menghidu Gam". - Induk - Integriti.
  14. Penggunaan 'SECURITY CARD' Di Kawasan Kompleks RST Bagi Mengatasi Masalah Kekurangan Tempat Letak Kereta Serta Mengetatkan Penggunaan Kenderaan (Kereta) Terhadap Pelajar. - Induk - MPP Hazim - IKMAR Syukri.
  15. Laluan Sehala RST Terus Ke Foyer DK W. -  Induk - MPP Hazim.
  16. Mahasiswa Berpolitik. - IKMAR Syukri.
  17. Elaun Kepada Ahli-Ahli Dewan Perundingan Pelajar. - Induk - PERKASA.
  18. Penglibatan Suara Mahasiswa Dalam Penentuan Dasar-Dasar Universiti Yang Berkaitan Dengan Mahasiswa. - Induk - MPP Wafi.
  19. Menolak Cadangan CUEPACS Yang Ingin Melanjutkan Usia Persaraan Penjawat Awam Dari 58 Tahun Kepada 60 Tahun. - Induk - MPP Wafi.
  20. Mahasiswa Dan Politik Kepartian. - Induk - MPP Wafi.

 :: Gambar ahli-ahli DPP ::

Semoga usaha murni yang dimulakan oleh saudara Syafiq, bekas YDP MPP USM 2009/2010
yang juga Speaker Dewan utk mesyuarat DPP yang pertama
akan terus relevan dan seterusnya mengubah lanskap kepimpinan muda negara ke arah yang lebih baik. Insya-Allah.

Nota kaki: Untuk mesyuarat yang pertama secara rasmi. 20 usul dibahaskan. 1 usul tergempar diusulkan untuk mengutuk penganjur Festival Fesyen Islam (IFF)
yang jelas membawa tangapan fesyen yang salah dari sisi Islam yang 
boleh membawa mesej yang salah kepada orang-orang islam dan orang bukan islam yang tidak mengenali islam dengan jelas.

^__^

No comments: