Followers

Thursday, May 5, 2011

khutbah jumaat yang bermakna


ok.artikel ini jugak aku ambik dari blog yang lama lalu di pindah ke sini.
blog lama tu terlalu banyak nostalgia.
so, aku rasa sayang pulak post-post camni tak post kat blog yang baru
*ok.tu alasan.padahal malas*
artikel ini ditulis pada 4/9/2010.
cer tengok apa yang ada.sama-sama kita berkongsi

........................................................................................



Asalamualaikum..
pe kabor suma yang membaca blog ni.
(ade ke? perlu ke?) lalalala~

oklah...pada petang yang suam2 panas ni selepas hujan.
nak cite sikit tentang khutbah jumaat yang baru saja diiikuti
sebentar tadi...>> selepas minum petang yang mcm makan malam.

oklah..tadi khatib yang memberi khutbah cuba utk memberikan
kesedaran kpd dirinya sendiri n suma sidang jemaah yang hadir
ke khutbah masjid Al-Malik, USM...
Antara isi kandungan beliau ialah:




1) isu palestin di semenanjung gaza
khatib cuma untuk menyedarkan sidang jemaah bertapa
perlunya sokongan dari saudara2 seislam dari seluruh dunia untuk
membantu penduduk gaza khasnya dan palestin amnya dari
kekejaman palestin.

mengapa?

Antara sebab yang cuba untuk dikupaskan oleh penceramah ialah
mengenai penduduk palestin yang sedang dikurung di kelilingi
tembok yang umpama penjara terbuka.
bekalan makanan,minuman,ubatan dan bekalan2 asas kehidupan
yang lain telah disekat oleh rejim israel.

so, ape tindakan yang disarankan khatib kepada sidang jemaah yang
hormati...
menurut beliau pelbagai bantuan sedang dihulurkan oleh saudara2 islam
dari seluruh dunia.
contoh yang diberikan ialah 10 kentena dari Turki yang sedang dalam
perjalanan ke Palestin membawa bekalan keperluan asas untuk penduduk Gaza.
Malaysia juga tidak terkecuali memberi bantuan.
Menurut belian(khatib) ade satu kapak dari malaysia sedang menunggu masa
untuk menghulurkan bantuan kepada penduduk Palestin.
Semoga hasrat murni ini tercapai hendaknya...amin

2) Isu pendidikan
Khatib juga tidak lupa untuk mengupas mengenai isu pendidikan pelajar2 di USM.
dan kepentingan ilmu serta kesedaran untuk berusaha lebih gigih untuk berjaya.
Beliau juga mengingatkan betapa status APEX n Universiti Penyelidikan yang
dipegang kini tidak akan kekal lama jika pelajar2 tidak berusaha untuk
mempertahankannya dan menjadi lebih baik..

(insaf sebentar)

>> aku agak terkilan dengan diri sendiri bila khatib mengupas isu ini.
adakah aku dah melakukan yang terbaik untuk USM tercinta ini? (ek??)
jawapannya akan diketahui selepas exam sem 2 ni...weeeee~

3) isu wanita
khatib juga mengupas sedikit kepentingan wanita dalam institusi agama n masyarakat.
Peranan wanita sangat penting dalam menentukan jatuh bangunya sesuatu negara.
Antara contoh yang diberikan oleh khatib ialah:

"Wanita boleh menarik sekurang-kurangnya 4 orang lelaki bersama-sama ke Neraka
jika lelaki2 tersebut tidak menasihatinya dan membawanya kejalan yang benar"
>>"Antara lelaki2 tersebut ialah Ayah,Abang atau Adik lelaki,Suami dan Anak wanita tersebut sendiri"

So, disini dapat kita perhatikan betapa besarnya peranan wanita dalam kehidupan lelaki.
Jika wanita2 dalam sesuatu kaum tersebut baik2 belaka, kuat imannya, maka lelaki2 yang
berjaya membimbing mereka lagi2 baik dan kuat imannya.

Marilah kita bersama-sama membentuk satu umat Islam yang terbaik
bermula dari keluarga Islam yang bahagia dan mengikuti ajaran islam sepenuhnya.
Insya-Allah.

sekian saja setakat ini..
Moga kita berjumpa lagi.
yang baik datangnya dari Allah
dan yang buruk datang dari diri saya sendiri
dengan izin-Nya

No comments: