Followers

Thursday, May 5, 2011

(1) Maher Zain - Awaken

We were given so many prizes 

We changed the desert into oasis 

We built buildings of different lengths and sizes 

And we felt so very satisfied 
We bought and bought 
We couldn't stop buying 
We gave charity to the poor 'cause 
We couldn't stand their crying 
We thought we paid our dues 
But in fact 
To ourselves we're just lying 



Oh...I'm walking with my head lowered in shame from my place 

I'm walking with my head lowered from my race 

Yes it's easy to blame everything on the west 
When in fact all focus should be on ourselves 



We were told what to buy and we'd bought 

We went to London, Paris and Costa Del Sol 

We made show we were seen in the most exlusive shops 
Yes we felt so very satisfied 



We felt our money gave us infinite power 



We forgot to teach our children about history and honor 

We didn't have any time to lose 

When we were.. (were) 
So busy feeling so satisfied 



I'm walking with my head lowered in shame from my place 

I'm walking with my head lowered from my race 

Yes it's easy to blame everything on the west 
When in fact all focus should be on ourselves 



We became the visuals without a soul 

despite the heat 

Our homes felt so empty and cold 
To fill the emptiness 
We bought and bought 
Maybe all the fancy cars 
And bling will make us feel satisfied 



My dear brother and sister 

It's time to change inside 

Open your eyes 
Don't throw away what's right aside 
Before the day comes 
When there's nowhere to run and hide 
Now ask yourself 'cause Allah's watching you 



Is He satisfied? 

Is Allah satisfied? 

Is Allah satisfied? 
Is Allah satisfied? 



Oh..I'm walking with my head lowered in shame from my place 

I'm walking with my head lowered from my race 

Yes it's easy to blame everything on the west 
When in fact all focus should be on ourselves



.........................................................................

Asalamualaikum, biznillah.
akhirnya, dengan kesempatan yang ada dapat juga aku menulis post yang baru ni.
sekadar ingin berkongsi dengan semua kawan yang datang menjenguk ke blog yang tak seberapa ni.
sebenarnya, aku tertarik untuk mengkaji makna lirik lagu Maher Zain - Awaken ni.
lagu ni jika dikaji secara teliti menunjukkan kekecewaan yang dirasakan oleh penulis lirik lagu ini.
terhadap umat islam sekarang.

Cuba kita perhatikan keadaan di sekeliling kita.
begitu banyak kemajuan dan kemewahan yang kita perolehi hari ini.
Hasil dari usaha nenek moyang kita dan seterusnya diwarisi oleh generasi seterusnya.
Hasil dari kemerdekaan yang kita perolehi dari penjajah,
kita mampu bangkit dan bergerak di atas tapak kaki sendiri.
membina sebuah bangsa yang maju dari segi pembangunan fizikal.

tapi, sedarkah kita?
Kita terlupa sesuatu yang telah makin lama...
makin hilang dari jati diri kita.
agama kita!
kemana ia pergi wahai rakan-rakanku?
Adakah disebabkan oleh mengejar kejayaan di dunia,
kita terlupa yang agama telah semakin jauh dari kehidupan kita.

Kita melihat hari ini, ramai orang yang suka memberi derma, bersedekah.
Alhamdulillah, setiap amalan kita moga beroleh manfaat di akhirat kelak.
Tapi, kadang-kadang timbul persoalan.
Adakah kita memberi kerana kita tak sanggup melihat orang yang susah meminta-minta.
Untuk artikel ini, aku spesific-kan kepada bangsa aku sendiri yang beragama Islam.
kita memberi untuk membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih baik.
dan kita berasakan itu cukup untuk membantu bangsa,agama dan negara kita.
Adakah sampai disitu sahaja usaha yang nak kita lakukan?

Cuba renungkan...
Dalam kehidupan hari ini yang penuh dengan cabaran.
Pelbagai isu dan cabaran dunia yang lebih global dapat kita rasai tempiasnya.
Masalah gejala sosial, keruntuhan akhlak di kalangan remaja,umat islam.
dunia politik yang penuh dengan dosa,jelik.
dusta, fitnah ada dimana-mana sahaja.
Seolah-olah perkara jelik ini dah menjadi satu budaya pula kepada orang-orang Islam.
dan bila sampai masa untuk mencari sebabnya...
kita hanya mampu menuding tangan ke arah barat.

"semua salah barat. budaya barat, gay, lesbian ni semuanya asal dari sana"

iyep, jika kita melihat memang segala masalah ini berpunca dari barat.
tapi, patutkah kita hanya mampu menyalahkan mereka sahaja?
Tanpa kita sedari, 1 jari yang menunjuk ke arah mereka,
4 jari yang menghala ke arah kita.
Cuba kita imbas kembali sejak dari negara kita merdeka.
Adakah kita cuba untuk menjadikan negara kita ini sebuah negara yang lebih baik dari Empayar Melayu Melaka yang teragung?
Atau kita tiada kuasa untuk merubahnya, sedangkan kita ura-urakan kita mahu membentuk Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang 2020.
Adakah acuannya hanya sebuah negara demokrasi berparlimen dengan mengamalkan sistem sekularisme semata-mata?
Disini, saya tak berminat untuk mengaitkan artikel ini dengan politik hari ini.
tapi, adakah kita umat islam mampu untuk mengangkat kepala hari ini.
dan berkata:

"Ya! Aku Islam dan aku berbangga dan bersyukur dengan apa yang orang-orang Islam perolehi hari ini"

Disini, aku sekadar menasihati diri sendiri dan berkongsi bersama-sama dengan kalian.
Yup, mungkin kita tak mampu mengubah apa yang negara kita hadapi sekarang ini.
Tapi, adakah kita berubah?
dan persoalan yang paling utama...

Adakah Allah berpuas hati dengan apa yang kita lakukan di dunia ini?

"is Allah satisfied?"

Jika kita tak mampu berubah 100% ke arah yang lebih baik hari ini.
Maka, berubahlah menghampirinya.
dan jauhikanlah diri kita dari menjadi lebih teruk.
Jadikanlah diri kita lebih baik....dan lebih baik dari semalam.

Marilah kita bersama-sama membentuk satu ummah yang lebih baik.
dengan mengamalkan Islam sebagai Ad-din iaitu cara hidup seharian kita.
^_^

No comments: