Followers

Thursday, May 5, 2011

(3) Isu minyak.ada apa dengan RON 97?

Aku tertarik untuk mengupas isu mengenai kenaikan harga minyak RON 97 yang dikhabarkan mengikut pasaran dunia. 

Tapi, aku lebih tertarik melihat reaksi dari orang ramai terutama dari orang-orang kebanyakan a.k.a  rakyat jelata yang rata-rata berpendapatan sederhana dan rendah. 

Sekadar berkongsi, RON 97 ni dijual mengikut harga pasaran (khabarnya) di stesen-stesen minyak di Malaysia. Itu apa yang diberitahu. Apa yang kita hendak tahu ialah kebenarannya. 

Pernahkah kita mencari betulkah fakta harga minyak dikawal oleh pasaran atau ada udang di sebalik mee udang? 

Bukti: tekan sini


 3 April 2011 : RON 97 RM 2.70,Crude Oil adalah USD 107.65

 5 April 2011 : RON 97 RM 2.70,Crude Oil adalah USD 106.42

Persoalan yang timbul. Adakah betul ada ketelusan dari pihak kerajaan semasa harga minyak RON97 dinaikkan? Ya, memang minyak RON 97 adalah minyak yang boleh dikatakan hanya orang-orang yang berkemampuan @ kaya yang akan menggunakannya. Bukan hendak menghentam kerajaan cuma nampak ketidaktelusan kerajaan dalam menangani isu minyak ini.

Hak setiap manusia perlu dijaga. Sebagai pemimpin, sukar kita hendak memuaskan hati semua pihak.
Jika kita hendak memuaskan hati semua pihak kelak kita yang akan binasa.
Cuma, jangan merampas apa yang hak dan memberi pada yang bukan hak.

Nota baca: Kerajaan mungkin mengkaji dengan teliti sebelum menaikkan harga minyak terutama RON97. itu apa yang aku baca. 

Nota fikir: Pernahkah kerajaan berfikir kesan psikologi setiap kali harga minyak dinaikkan? Masyarakat lebih suka mengigati benda-benda yang negatif macam berapa kali minyak naik. Bila minyak naik, harga barang pun naik. Persoalan utama: turun balik kah harga barang-barang tersebut terutama barang-barang keperluan harian dan bukan barang kawalan???

Nota kesimpulan: Apa yang aku dapat simpulkan; "Everything you are doing you get paid". ---> ni dr. kesayangan member-member final year project aku punye favourite quotes..nice :D

No comments: