Followers

Thursday, May 5, 2011

Erti Kehidupan iaitu kejayaan di dunia dan akhirat.

**Artikel ini diambil dari iluvislam.com dan ditambah sedikit huraian dari penulis blog ini ^^, **
 "Orang yang ada ilmu agama tapi tidak mengamalkannya umpama pokok tanpa buah. tidak mendatangkan manfaat kepada diri sendiri dan orang lain"

Artikel ini ditulis/diedit sekadar untuk berkongsi pendapat: :)

Dalam hidup ini kita ada banyak benda yang hendak dibuat. Dan kebanyakan orang hendak buat semua benda dalam satu masa. Tetapi percayalah kita hanya mempunyai dua tangan kurniaan Tuhan. Maksudnya, kita ada had limit tersendiri. Maka dalam perjuangan, yang pertama kenallah diri kita sendiri.

Yang kedua, dalam kehidupan mesti ada pilihan. Dan dalam memilih, kita pastinya ingin memilih yang terbaik untuk kita. Pilih yang prioriti kata orang. Namun dalam meletakkan prioriti inilah kita berbeza pendapat. Sama ada kita meletakkan Islam sebagai pilihan pertama atau nafsu kita sebagai Raja.

"Aku kena check facebook sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Kalo tak, tak tenteram hidup aku. Ni kira masa untuk diri aku sendirilah. Orang lain kena faham la beb."

"Aku kena  tengok apa yang dia buat setiap hari. Baru la lega sikit hati ni. Baru la tahu dia sihat ke, apa ke kat sana."

Mungkin contoh yang tidak ekstrim tapi saya kira senang difahami maksudnya. Ramai orang meletakkan kepentingan diri mendahului kepentingan Ilahi. Hingga kita lupa sebenarnya kita adalah hamba Allah s.w.t.

Apakah menjadi satu kebiasaan untuk seorang hamba membuat kerja ikut suka hati?

Kita tamatkan cerita ini di sini. Pesan Mr. X lagi, ilmu itu untuk dinikmati. Baca sahaja tidak terasa manisnya, kena buat baru mengerti maksudnya. ^_^

sumber: iluvislam.com

Ulasan:

Secara jujur, aku masih mencari arah dalam kehidupan ini. Dalam masa 20 tahun kehidupan ini (umur pengulas), banyak benda yang kita lihat dan alami sendiri. Ada yang mampu mengubah diri kita, persepsi kita tentang kehidupan. Malah, ada sesetengah kejadian yang hanya berlaku dalam beberapa saat. Mampu menukar takdir dan arah hidup seseorang.

Contohnya, kalau dulu kita asyik membenci seseorang. Dan satu hari, tanpa disangka-sangka orang yang kita benci tu melakukan kebaikan kepada kita. Dari kejadian tersebut, orang yang kita benci tersebut bertukar menjadi orang yang kita senangi. Bertukar dari seorang musuh kepada kawan yang paling rapat dan kita percayai.

Dari kejadian diatas, boleh kita fahami bahawa kehidupan yang 'positif' dan 'make it simple' adalah yang terbaik untuk kita jadikan panduan. Jika kita positif pada mulanya, tentu kita tidak akan membenci seseorang dengan mudah. Manusia ni dilahirkan sama, keadaan persekitaran, pengalaman hidup, orang-orang disekeliling dan kepercayaannya yang mengubah manusia menjadi dirinya sendiri. Jadi, kita kena berfikiran positif selalu dan yakin bahawa dia yang mungkin kita benci atau tidak disenangi mampu berubah ke arah yang lebih baik.

'Make It Simple'. Saya dapat ayat ni dari orang yang penting bagi saya. Dan artikel diatas membuat saya berfikir. Adakah saya meletakkan dia penting dalam kehidupan saya kerana Islam (agama) atau kerana nafsu semata-mata?
dan persoalan ini terjawab melalui satu artikel di Iluvislam.com


Semakin kita meningkat usia, maka semakin matanglah kita dalam membuat keputusan. Dalam setiap keputusan yang kita buat, prioriti perlu diletakkan atas jalan agama iaitu Islam. Dari agama maka kita dapat mengenali pencipta kita iaitu Allah. Dengan mengenali dan mencinta pencipta kita, iaitu Allah baru kita dapat memahami erti sebenar kehidupan kita di dunia ini.

"Manusia dilahirkan didunia untuk mencapai KEJAYAAN di Dunia dan Akhirat"

Manusia diberi akal fikiran untuk berfikir. Kita harus sedar kita hidup di dunia ini bukan untuk kejayaan di dunia semata-mata. Kejayaan di akhirat iaitu Syurga yang telah dijanjikan untuk orang-orang beriman dan bertaqwa kepada-Nya jangan sekali-kali dilupakan. Dan kayu pengukur untuk ke syurga itu datang dari amalan kita didunia. Pahala dan Dosa.

Carilah kebahagiaan di dunia dan akhirat kerana Allah.
Sesungguhnya, kasih sayang itu datang dari Allah. Dan mengapa kita tidak mencari kasih sayang dari-Nya dahulu? Sedangkan kasih sayang itu datang dari-Nya.

Diriwayatkan oleh Saiyidina Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda,"Tatkala Allah menciptakan makhluk, Allah telah menuliskan dalam kitab catatan-Nya yang berada di sisi-Nya di atas arsy bahawa sesungguhnya kasih sayang-Ku mengalahkan murka-Ku" [riwayat Imam Muslim].

Ulasan ini ditulis untuk sekadar untuk berkongsi tentang apa yang difikirkan penulis semata-mata untuk mencari keredhaan-Nya. Atas dorongan seorang junior..:)

No comments: