Followers

Saturday, May 7, 2011

(7) Setiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan

jangan tinggalkan daku....oh kasih oh juwita...eh, silap ni silap.
*gambar sekadar hiasan*


Adat dunia.
Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan.
Kerana tidak semua akan kekal selamanya.
itu takdir.
kita tak dapat melawannya.
Semalam kita bergembira.
Hari ini kita bersedih atas perpisahan ini.
Hari esok siapa yang tahu.
Ada rezeki jodoh pertemuan tidak kemana.
Yang ada cuma jalan kita berbeza kini.
Hidup diteruskan.
Perjuangan kita bukan berakhir disini.
Malah ia baru sahaja bermula.
Untuk menempuhi onak duri kehidupan.
yang penuh dengan pancaroba.
ah sudah, aku tak larat nak bermadah.
kang ada yang nangis pulak.
bukan aku.aku budak dewasa.tak menangis *tipu*

"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula selepas perpisahan itu"

Memori yang indah kita simpan dan kenang.
yang pahit kita simpan, tak pun "jerukkan" dia.
bukankah jeruk itu lebih sedap dan manis bila makin lama di simpan.kan?


Antara post-post drama perpisahan menarik di fb minggu ni. :') huwaaa....*dorang yang nangis bukan aku.aku tak nangis*








10 tahun yang akan datang cuba korang baca post ni balik.mesti korang akan kata

"aku nak balik campus life aku.miss my campus life"
"kan best aku still student sampai sekarang.apa keje2 nie. tak fun la.tak cool"
"aku rindu final year projek aku" *ok.ni tipu. :p*

Disini aku nyanyikan sebuah lagu untuk korang semua, padahal aku copy je lirik lagu mana entah aku ambik. khas untuk member-member aku yang bakal bergraduasi pada bulan september ni. terutama untuk budak-budak sains fizik batch 2008-2011. Lagu ni aku tujukan jugak kepada semua member-member aku yang lain terutama dari sains kimia, teknologi industri, kajihayat, masscom, farmasi dan lain-lain. Moga berjumpa lagi laa ya..^^

BERTEMU DAN BERPISAH

Bertemu dan berpisah
Adat manusia biasa
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa
Berdoalah kita agar aman dan sentosa
Semoga dapat kita berjumpa di lain masa
Semoga dapat kita berjumpa di lain masa

Nota baca: aku tak nangis masa baca korang punya status kat facebook.betul. >,<"

Nota fikir: tak cool la kalo nangis.nanti sapa nak kawan ngan aku nanti. mana ada lelaki nangis-nangis ni.wahaha

Nota kesimpulan: ada jodoh moga kita bertemu kembali. n kepada semua budak-budak fizik, 10 tahun nanti kita buat reunion besar-besaran. Masa tu baru la kita nampak berapa banyak perubahan yang kita telah lalui nanti. :D

4 comments:

mohamed said...

speechless dh skrang...rindu kwn2 tadika smpai kt u ni.....huhuhu!!...anyway gud luck kt smua...smoga berjaya dlm hidup masing2...sntiasa doakan kwn2 dlm doamu....miss u all..=p

aDLi MUse said...

hai anip..ada blog gak ke? cer cite..cer cita..:D

mohamed said...

ha3....xde pun bai sje nk bt kontroversi..!~~

HD Horizon said...

femes gak aku pas nih...