Followers

Sunday, May 8, 2011

(8) Sumpah Lakhnat dalam tuduhan zina

Wujudkah Sumpah Lakhnat Dalam Hal Tuduhan Zina?


Untuk proses penuduhan dan pendakwaan si penuduh kepada situduh , ke 2 belah pihak perlu menjalani proses penuduhan dan pendakwaan bagi memastikan proses dijalankan secara adil.Malah si penuduh perlu mengemukakan bukti si dituduh melakukan zina dan bukti tersebut wajiblah mengikut kaedah yang ditentukan Islam.Maka tidak wujud sumpah lakhnat di dalam hal tuduhan zina selagi belum selesai proses penuduhan dan pendakwaan.


Sumpah lakhnat tuduhan zina seperti Li'an hanya wujud untuk pasangan suami isteri seperti si suami menuduh isterinya berzina atau si isteri menuduh si suaminya berzina , ia adalah bersandarkan firman Allah melalui Surah An- Nur Ayat 6 sehingga 7 :

“Dan orang-orang yang menuduh isterinya (berzina), padahal mereka tidak ada mempunyai saksi-saksi selain diri mereka sendiri, maka persaksian orang itu ialah empat kali bersumpah dengan nama Allah, sesungguhnya dia adalah termasuk orang-orang yang benar. Dan (sumpah) yang kelima: bahwa laknat Allah atasnya, jika dia termasuk orang-orang yang berdusta.” (Surah An-Nur : Ayat 6-7)


Sumpah lakhnat untuk tuduhan zina perlu dilakukan ke 2 belah pihak dengan syarat ia dilakukan dimahkamah dan dilakukan selepas disuruh oleh pihak hakim selepas pihak hakim meneliti kesahihan bukti dari pihak penuduh dan pihak dituduh. 




Perbuatan sumpah lakhnat dalam menuduh zina tanpa membawa bukti yang mengikut kaedah perundangan Islam dan tanpa dibawa pertuduhan dan pendakwaan di mahkahamah Islam sebenarnya adalah perbuatan melarikan diri dari pertuduhan dibawa ke mahkamah Islam kerana tuduhan zina tanpa membawa bukti mengikut kaedah perundangan Islam akan menyebabkan si penuduh dibicarakan mengikuk hukuman Qazaf.




Sumpah lakhnat tanpa disuruh oleh pihak hakim di mahkamah dan tanpa proses penuduhan dan pendakwaan terlebih dulu adalah sesuatu yang tidak wajar dan akan mengelirukan masyarakat kerana  ia akan membawa imej seolah-olah si penuduh adalah pihak yang benar dan si dituduh pihak yang bersalah.Islam amat menitik beratkan soal maruah dan setiap proses tuduhan zina perlulah mengikut kaedah Islam di mahkamah dan bukannya semata-mata sumpah lakhnat dalam menuduh zina tanpa membawa bukti yang mengikut kaedah perundangan Islam.


Maka , dengan ini setiap penuduhan zina wajiblah mengikut kaedah yang telah ditetapkan Islam dengan membawa kes tersebut ke mahkamah Islam untuk ia diadili dengan seadil-adilnya dan untuk mengelakkan provokasi dari masyarakat yang tidak memahami kaedah perundangan Islam.


sumber: .fariszaz.com

Nota Baca: Sumpah lakhnat ini bukan sembarangan je boleh diamalkan didalam membuktikan kebenaran orang yang menuduh dan dituduh.

Nota Fikir: Benarlah apa yang dijanjikan oleh Allah. Di akhir zaman nanti, dunia ini akan dipenuhi dengan pelbagai fitnah dan dusta. Adakah kita generasi terakhir sebelum tibanya hari pembalasan@hari kiamat? Sudah bersediakah kita menghadapi fitnah-fitnah akhir zaman yang lebih dasyat selepas ini jika benar kitalah generasi itu? Cukupkah amalan yang ada?

Nota Kesimpulan: Malaysia, tanah airku ini diuji dengan pelbagai dugaan. Satu demi satu dugaan diturunkan. Kemerdekaan dan nasib anak cucu kita akan datang bergantung kepada sikap kita hari ini. Dimanakah perpaduan kita semua sebagai rakyat Malaysia? Dimanakah agama kita? Islam itu agama yang suka akan kesederhanaan. fikirkanlah...:)

No comments: